Setiap pelajar pasti akan menempuh peperiksaan. Pastinya mereka akan akan gemuruh ketika menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM & STPM. Di sini ada tips untuk anda berjaya & mari amalkannya.
1) Fikir Setiap Subjek Senang
Kadang - kadang kita selalu fikir subjek tersebut susah. Hal ini akan membuatkan diri kita tidak meminati subjek tersebut. Oleh itu, kita perlu berfikiran positif terhadap semua subjek yang kita pelajari.
2) Jangan Memilih Guru
Masalah pelajar ialah mereka selalu memilih guru. Jika guru tersebut bersikap sambil lewa, mereka akan mengambil kesempatan untuk ponteng kelas. Pelajar perlu memahami cara yang dipraktikkan oleh guru tersebut semasa proses mengajar sedang dijalankan. Ikutilah arahan yang telah diberikan oleh guru kita.
3) Selalu Ulang Kaji
Perkara inilah yang menjadi masalah kepada pelajar. Mereka hanya mengulang kaji mata pelajaran apabila peperikasaan akan bermula seminggu sahaja lagi. Amalan ini harus dikikis agar kejayaan yang ingin dicapai akan menjadi kenyataan. Kita harus mengulang kaji mata pelajaran setiap hari.
4) Sediakan Jadual Waktu Belajar Di Rumah
Hal ini penting kerana jadual ini dapat menyeimbangkan mata pelajaran yang akan kita ulang kaji. Jadual ini akan membantu kita bagi menumpukan perhatian yang seimbang terhadap mata pelajaran kita nanti.
5) Jangan Tinggalkan Solat
Bersolatlah kerana terdapat banyak kebaikan daripada bersolat. Kita perlu mendekatkan diri dengan Allah supaya Allah akan memudahkan urusan kita semasa kita sedang menghadapi peperiksaan nanti.
6) Selalu Berdoa, Bertasbih, & Berzikir
Ringankanlah mulut kita untuk sentiasa berdoa, bertasbih, & berzikir. Apabila kita sentiasa mengingatinya-Nya, pastinya Dia akan menolong kita semasa menghadapi peperiksaan.
7) Jangan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
Hal ini penting kerana jika kita tidak menjaga perasaan ibu bapa kita, pastinya Allah tidak akan membenarkan kita merasai nikmat kejayaan dalam hidup kita. Ikutlah nasihat mereka & sentiasa menyalam tangan & mencium pipi ibu bapa kita sebelum keluar dari rumah untuk ke sekolah. Mintalah restu daripada mereka berdua.
8) Bertawakal
Setelah kita berusaha, kita perlulah berserah diri kepada-Nya. Hal ini merupakan perkara terakhir yang perlu dilakukan oleh para pelajar. Kita hanya merancang tetapi Allah yang akan menentukan sama ada rancangan kita berjaya atau tidak.
Ingat, kejayaan tidak semestinya akan dicapai dengan mudah. Jika anda gagal sekali pun, kita harus berfikiran positif dengan menyatakan ada hikmah di sebalik kegagalan tersebut. Setiap orang inginkan kejayaan dalam hidup kita. Setiap kejayaan kadang - kadang memerlukan pengorbanan. Oleh itu, perbaikilah diri anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda.